Nasional

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak kini di peringkat pembentukan – Aiman Athira

PROSES bagi mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini di peringkat pembentukan serta penyusunan semula.

KPWKM turut lihat keperluan untuk pinda akta

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu dipetik laporan Bernama berkata bagi peringkat awal, proses yang membabitkan bahagian kanak-kanak itu ketika ini diurus serta digerakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Memandangkan kita mempunyai JKM dan di bawah JKM, ada bahagian kanak-kanak maka Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak akan dibangunkan daripada unit sedia ada di bawah JKM sebelum bahagian ini dijadikan secara rasmi sebagai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak pada penghujung tahun 2025.

“Apabila jabatan ini diwujudkan kelak, ia akan menjadi agensi ketujuh di bawah KPWKM. Buat masa sekarang, kita menumpukan kepada proses mengemas kini selain melihat sekiranya ada keperluan untuk meminda Akta Kanak-Kanak,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Sepang itu berkata kewujudan jabatan itu penting memandangkan kes membabitkan pengabaian kanak-kanak, penderaan dan pelbagai isu membabitkan golongan berkenaan  dilihat semakin berleluasa.

“Sekarang kalau kita tengok peranan JKM lebih menumpukan kepada urusan kebajikan, bantuan selain turut menguruskan 10 kumpulan sasar termasuk wanita, keluarga, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak.

“Namun apabila Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak ditubuhkan kelak, ia akan menfokus kepada kanak-kanak malah menerusi jabatan ini juga, segala urusan membabitkan kanak-kanak akan diletak di bawah Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan bukan lagi di bawah Ketua Pengarah JKM,” jelasnya. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button