Negeri

PM umum peruntukan tambahan RM500 juta atasi isu air Kelantan

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengumumkan peruntukan tambahan segera sebanyak RM500 juta bagi mengatasi masalah air bersih di Kelantan.
Peruntukan diberikan mesti diurus dengan betul

Beliau berkata, peruntukan itu adalah hasil daripada perbincangan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Kelantan sebelum ini.

“Kita bincang dengan kerajaan Kelantan untuk atasi masalah air bersih. Saya kata nak minta banyak sangat tidak boleh.

“Jadi kita mulakan projek, tetapi perlu dikendalikan bersama dan diuruskan mengikut saluran yang betul,” katanya pada Program Temu Anwar semasa lawatan kerja ke Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok. 

Mengulas lanjut Anwar menegaskan bahawa peruntukan perlu diuruskan mengikut saluran yang betul dan ialah sebahagian daripada peruntukan RM1.7 bilion yang diumumkan sebelum ini.

“Peruntukan itu bagi penggantian paip di Bachok dan Projek Loji Air di Tok Bali, Pasir Puteh,” ujar beliau.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM1 bilion kepada Kelantan untuk tujuan sama tahun ini.

Peruntukan tersebut dilakukan secara tata kelola dan terus manakala dari segi operasi akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button