Negeri

KPKT umum RM150 untuk pembangunan PPR konsep baru di Seremban

KEMENTERIAN Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan RM150 juta bagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Mukim Seremban, Negeri Sembilan.

Kediaman PPR konsep baru bakal dibangunkan

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, projek berkeluasan 18.5 hektar membabitkan pembinaan 700 unit rumah berkonsepkan kondominium di atas tanah milik kerajaan negeri itu dijangka bermula pada hujung tahun ini.

Bakal menggunakan konsep baru dimana bakal dilengkapi lanskap semula jadi bagi tujuan riadah, Nga berkata setiap unit akan ditawarkan pada harga RM45,000 dengan komitmen bayaran bulanan sebanyak RM237 sebulan.

“Kesemua 48 ekar ini kita akan kekalkan sebahagian besarnya menjadi ‘green lung’ selaras dengan dasar kementerian untuk memupuk konsep matlamat pembangunan lestari,” katanya.

Beliau sebelumnya ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyerahan surat tawaran menduduki PPR  Ladang Tanah Merah atau PPR Desa Tanjung di Port Dickson.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amunddin Harun.

pada majlis tersebut seramai 94 pemohon menerima surat tawaran pemilikan rumah berkeluasan 700 kaki persegi bagi setiap unit secara Skim Sewa-untuk-Milik atau Rent- to-Own (RTO).

Projek berkenaan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM20 juta bagi 100 unit rumah termasuk fasiliti dewan serbaguna, surau, medan selera dan tadika.

PPR Desa Tanjung merupakan antara empat buah projek PPR yang telah dibangunkan di Negeri Sembilan oleh KPKT manakala tiga lagi PPR Senawang, PPR Ladang Siliau dan PPR Rantau.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button