Negeri

DBKL umum pembaharuan bagi lesen KL Madani dilanjutkan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan lesen KL Madani yang
dijadualkan tamat pada 30 Jun ini akan dilanjutkan bermula 1 Julai ini.

Lanjutan masa diharap legakan peniaga

Melalui satu kenyataan DBKL berkata, lesen KL Madani yang sebelum ini
dikenali dengan nama lesen KL Prihatin diberi nafas baru dan dijenamakan
semula sejajar dengan matlamat Malaysia Madani.

“Bagi memperkasakan peniaga dan penjaja kecil Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, ia dilanjutkan bagi pembaharuan lesen sahaja untuk setiap
enam bulan secara berterusan mulai 1 Julai nanti.

“Kadar bagi pembaharuan lesen ialah RM20 bagi fi lesen dan RM30
sebulan bagi caj perkhidmatan selaras dengan tempoh dan kadar lesen
sementara yang ada.

“Pemegang lesen KL Madani yang akan tamat tempoh lesen, dikehendaki
memperbaharui lesen secara dalam talian melalui portal
https://elesen.dbkl.gov.my,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, DBKL mengingatkan peniaga yang menjalankan perniagaan
tanpa lesen yang sah, lesen tamat tempoh dan tidak mematuhi atau
melanggar syarat-syarat lesen seperti yang telah dinyatakan secara jelas
di dalam lesen akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan lesen
tersebut boleh dibatalkan. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button