Negeri

Isu mendesak sekolah Sarawak bakal dibincangkan, kata Menteri

KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) akan bertemu wakil Kerajaan Negeri Sarawak pada 14 Julai depan bagi membincangkan isu mendesak membabitkan sekolah di negeri itu.

KPM sentiasa komited selesai isu berbangkit

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, pertemuan itu dirancang susulan kekecewaan disuarakan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Roland Sagah Wee Inn yang tidak dapat bertemu dengannya pada Mei lalu.

“Kita akan bertemu dan berbincang berkaitan isu dibangkitkan menteri (Roland) berkaitan pembangunan pendidikan di Sarawak.

“Maknanya ada komitmen untuk berjumpa dan perbincangan akan berlangsung dari semasa ke semasa,” katanya.

Fadhlina sebelumnya ditemui pemberita selepas majlis penutupan program pemerkasaan Bahasa Melayu untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina di Kuala Lumpur semalam.

Roland sebelum ini membangkitkan beberapa isu termasuk berkenaan kekosongan jawatan guru besar yang belum terisi di beberapa sekolah di daerah Daro.

Ia susulan prasyarat bagi mengisi jawatan guru besar iaitu mesti memiliki pensijilan Kelayakan Professional Kebangsaan bagi Kepimpinan Eksekutif, yang dianugerahkan oleh Institut Aminuddin Baki.

  

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button