Global

Kerajaan tidak ambil ringan soal kedaulatan negara

KERAJAAN tidak pernah dan tidak akan sekali-kali mengambil ringan dalam
membuat sebarang keputusan yang melibatkan isu kedaulatan Malaysia,
termasuk isu berhubung persempadanan maritim negara.

Kedaulatan negara tetap dipertahan
Kementerian Luar Negeri (KLN) menegaskan pendirian tersebut turut mencakupi
sebarang isu berkaitan pemeteraian Triti Selat Melaka dan Triti Laut
Sulawesi antara Malaysia dan Indonesia menerusi Persempadanan Laut
Wilayah (Separa).
Rundingan mengenai perbatasan laut
wilayah kedua-dua negara itu berlangsung selama 18 tahun yang
melibatkan pelbagai aspek-aspek teknikal, perundangan, ekonomi dan hubungan
diplomatik antara kedua-dua negara.
Melalui satu kenyataan, KLM berkata kali terakhir Triti seumpama itu dimeterai antara Malaysia dan Indonesia adalah pada 53 tahun lalu iaitu Triti 1970.
“Kerajaan
tidak pernah dan tidak akan sekali-kali mengambil ringan dalam membuat
sebarang keputusan yang melibatkan isu kedaulatan Malaysia, termasuk isu
berhubung persempadanan maritim.
“Rundingan mengenai pembatasan
laut wilayah di kawasan paling selatan Selat Melaka dan laut wilayah di
Laut Sulawesi telah berlangsung selama 18 tahun bermula pada 2005.
“Sebanyak
39 mesyuarat di peringkat Pasukan Rundingan Pembatasan Sempadan Maritim
Malaysia dan Indonesia telah diadakan. Mesyuarat ke-39 diadakan pada
11-13 Oktober lalu.
“Di samping itu, mesyuarat-mesyuarat di
peringkat kumpulan kerja teknikal turut diadakan sepanjang tempoh
tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, kementerian berkata pemeteraian berkenaan dengan mengambil kira pandangan pakar maritim
negara yang diterajui KLN dan dianggotai agensi-agensi seperti  Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (Jupem) dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN).
Pasukan
Rundingan Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia turut melibatkan
agensi-agensi lain serta pihak-pihak yang berkaitan, termasuk kerajaan
negeri, dalam merangka strategi dan pendekatan semasa proses rundingan.
-AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button