Global

Malaysia perkukuh hubungan perdagangan denganTurkiye

 KERAJAAN akan terus memperkukuh jaringan perniagaan-ke-perniagaan antara Malaysia
dan Republik Turkiye dan mengalu-alukan syarikat-syarikat dari negara
berkenaan untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan di negara ini.

PM alu-alukan syarikat Turkiye melabur ke Malaysia
Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak enam projek
pembuatan dengan pelaburan republik itu telah dilaksanakan di negara ini
melibatkan jumlah pelaburan bernilai AS$123.2 juta (RM429.2 juta).
Katanya,
kerajaan akan terus memperkukuh­kan jaringan perniagaan ke perniagaan
antara Malaysia dan Turkiye serta mengalu-alukan syarikat-syarikat
negara berkenaan untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan di sini.
“Republik Turkiye kekal menjadi satu daripada rakan dagangan penting Malaysia di rantau Asia Barat dan sehingga kini.
“Pada
tahun 2022, Turkiye merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia,
destinasi eksport terbesar dan sumber import keenam terbesar dalam
kalangan negara Asia Barat dengan perdagangan dua hala berjumlah AS$4.62
bilion (RM20.25 bilion),” katanya menerusi catatan di Facebook.
Terdahulu,
Anwar memaklumkan beliau semalam menghadiri Majlis Makan Malam dan
Dialog anjuran Persatuan Ahli Perniagaan dan Pemain Industri Bebas
(MUSIAD) sempena misi perdagangan yang terdiri daripada 41 buah syarikat
dari Turkiye.
Beliau turut berkesempatan untuk berjumpa dengan
Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel, Naib Pengerusi MUSIAD,
Davut Altunbas dan Pengerusi MUSIAD Malaysia, Sabri Yardimci.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button