Negeri

ADUN Rawang peruntukan RM400,000 bina dewan terbuka

AHLI DEWAN UNDANGAN (ADN) Rawang memperuntuk dana RM400,000 bagi menaik taraf kemudahan bagi penduduk sekitar kawasan diwakilinya. 

Chua Wei Kiat antara ADUN paling cemerlang

Menurut Chua Wei Kiat, peruntukan dibawah Projek Selangor Penyayang itu bakal digunakan antaranya bagi pembinaan sebuah dewan terbuka di Kampung Sungai Bakau yang dijadual bermula Ogos ini.

Tambahnya, dengan adanya dewan itu kelak, lebih 100,000 penduduk termasuk tiga perumahan berdekatan bakal menikmati kemudahan berkenaan.

“Pembinaan dijadual bermula Ogos nanti, minggu ini kita akan turun melawat tapak lokasi cadangan dan dewan ini juga bakal dilengkapi dengan gelanggang bola keranjang serta kemudahan asas lain.

“Cadangan membina dewan ini disebabkan kekurangan kemudahan berkaitan di kawasan tersebut, ia turut dapat dimanfaatkan penduduk kawasan berhampiran seperti di Country Home, Saujana Rawang dan Kota Emerald,” katanya ketika dihubungi. 

Tambah beliau, dengan adanya dewan itu kelak, penduduk sekitar turut boleh menyewa kemudahan itu bagi majlis perkahwinan, kenduri-kendara serta pelbagai program kemasyarakatan dengan caj sewa yang murah.

Sementara itu tambah Wei Kiat, peruntukan diterima pihaknya turut diagihkan kepada komuniti, ia antaranya RM10,000 kepada beberapa Majlis Perwakilan Ketua Kampung sekitar DUN Rawang bagi perbelanjaan peralatan pejabat seperti komputer dan alat tulis.

“Kita juga jalankan projek membaik pulih gelanggang silat di Batu Arang dan gelanggang futsal di Bukit Rawang Jaya serta satu projek menaik taraf padang di New Green Park melibatkan peruntukan RM90,000,” jelasnya. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button