Semasa
MINDEF perkasa pengkalan data, pastikan kebajikan vateran dipenuhi
KEMENTERIAN PERTAHANAN (MINDEF) memperkasakan sistem pangkalan
data baharu Vibes 2.0 Go Live dalam usaha memastikan kebajikan
veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbela.
Kebajikan veteran sentiasa diambil perhatian |
Menurut
Timbalan menterinya, Adly Zahari kementerian sentiasa berusaha mencari
jalan penyelesaian kepada isu disuarakan veteran yang bukan sekadar
melibatkan pencen, tetapi membabitkan isu kesihatan dan pendidikan
anak-anak veteran.

Jelasnya, portal Vibes 2.0 yang diperkasa
dijangka bakal memberikan manfaat kepada lebih 200,000 veteran ATM dan
waris meliputi urusan pengurusan, pemantauan dan pelaporan maklumat yang
lebih berkesan dan berintegriti.

“Jadi sebab itu di bawah
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), kita
tingkatkan sistem data supaya data kita tepat tentang kedudukan veteran
sedia ada.

“Jadi saya fikir di MINDEF, kita harus lihat program
jangka panjang untuk veteran bukan sahaja sedia ada tetapi mereka yang
akan menjadi veteran. Lebih baik kita selesaikan secara menyeluruh (isu
melibatkan veteran),” katanya.

Adly berkata begitu kepada
pemberita selepas merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Vibes 2.0 Go Live di
Wisma Perwira ATM, di Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu
ketika mengulas gesaan supaya kerajaan segera menyelesaikan isu
penyelarasan pencen veteran ATM, Adly berkata MINDEF mengadakan
pertemuan dengan semua persatuan induk bagi menyelesaikan isu tersebut.

Menurut beliau, ia penting bagi menyelesaikan isu yang disifatkan sudah berlarutan lebih 10 tahun itu.