Pilihanraya

DUN Selangor secara rasmi bubar hari ini

 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini.

Pentadbiran Selangor ditabdir secara kerajaan sementara
Pembubaran itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka bakal diadakan dalam masa terdekat.
Pada
19 Jun lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi
perkenan dan menandatangani Proklamasi Pembubaran DUN Selangor ke-14
yang akan berkuatkuasa hari ini.
Dengan pembubaran itu,
pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan
baharu dibentuk selepas PRN nanti.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14), Pakatan Harapan (PH) mendominasi Selangor apabila menang 51
daripada 56 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) dan Pas masing-masing
mendapat empat dan satu kerusi.
Kedudukan terkini kerusi sebelum
DUN dibubarkan ialah PH memiliki 40 kerusi (KEADILAN-19, DAP-15, AMANAH-6),
BN (5), Bersatu (4), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (2) manakala Pas,
Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat
Bebas.
Satu lagi kerusi, DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong
setelah wakil rakyatnya Harumaini Omar mewakili Pejuang  tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam
bulan.
Selangor mempunyai seramai 3,749,450 pengundi sekali gus
jumlah pemilih tertinggi berbanding lima negeri yang juga akan
melaksanakan PRN iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu dan
Negeri Sembilan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button