Semasa

Malaysia ekstradisi 4 individu, dakwa di Mahkamah hari ini

PIHAK BERKUASA Malaysia berjaya mendapat perintah ekstradisi terhadap empat individu dari Thailand.

Kerajaan terus komited jaga keselamatan sempadan

Kesemua mereka disyaki terlibat dalam kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua individu tersebut sudah berada di Malaysia dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar esok untuk pertuduhan. 15.

“Sepanjang enam tahun ini kerajaan Malaysia dan Thailand menjalankan siasatan untuk mengesan dan mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.

“Hasil daripada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi ke atas 10 individu warganegara Thailand pada Januari 2017,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Saifuddin berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak berjaya mengesan empat daripada 10 individu itu dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi.  

Malah KDN komited dalam menjaga keselamatan sempadan negara dan memandang serius isu jenayah rentas sempadan khususnya jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.

Pada Mei 2015, polis menemukan 139 kubur di 28 kem sementara di Wang Kelian berhampiran sempadan Thailand-Malaysia yang mempunyai kaitan dengan sindiket pemerdagangan orang. Kubur yang sama turut dijumpai di Thailand.

Kebanyakan yang menjadi mangsa sindiket itu berasal dari Myanmar dan Bangladesh.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button