Semasa

Kerajaan sokong hak wanita dalam diplomasi, pentadbiran negara

MALAYSIA  menyokong komitmen serta memberi peluang kepada wanita untuk
bersuara dan menyumbang terutama dalam hal diplomasi serta pentadbiran
negara.

Kerajaan pastikan peluang adil tanpa kira jantina
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata,
perkara itu sejajar dengan peranan penting yang dimainkan wanita dalam
usaha menyokong dasar negara berasaskan konsep Malaysia Madani.
Menurut Zambry, wanita telah memainkan peranan penting dalam spektrum diplomatik yang menyumbang kepada pembangunan negara.
“Sambutan
hari antarabangsa wanita dalam diplomasi adalah untuk mengiktiraf
sumbangan penting yang telah dibuat oleh wanita dalam diplomasi, sama
ada mereka diplomat, pengurus dan pentadbir dalam lingkungan diplomasi
antarabangsa mahupun pendamai.
“Dasar negara yang mengetengahkan
konsep Malaysia Madani merupakan tonggak utama dalam menzahirkan
komitmen kami untuk memastikan ruang dan peluang diberikan secara adil
kepada lelaki dan wanita dalam diplomasi dan pentadbiran negara,”
katanya.
Zambry berkata demikian dalam ucapan perasmiannya yang
disiarkan di forum antarabangsa ‘Wanita dalam Diplomasi: Satu Spektrum
Peluang’ sempena Hari Antarabangsa Wanita dalam Diplomasi yang disambut
pada 24 Jun setiap tahun.
Turut hadir adalah bekas Assistant
Secretary-General Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Tan Sri Dr
Jemilah Mahmood, Duta Ireland di Malaysia, Hillary Reilly, dan Ketua
Koordinator Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia,
Singapura, dan Brunei Darussalam, Karima El Korri.- AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button