Negeri

Amirudin tunjuk rekod cemerlang, tak terpalit skandal penyelewengan

PENGUNDI di Selangor dianggap tidak tertarik untuk mengundi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Agus lihat PN bukan pilihan pengundi Selangor

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, antara faktor lain menyebabkan pengundi di negeri itu enggan menggundi PN disebabkan enggan negeri itu kemunduran berlaku seperti rekod di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pengundi Selangor juga tegasnya lebih mengutamakan pembangunan negeri dan menolak  ekstremisme dan politik ketaksuban dalam parti politik. 

“Jika PN masih mengharapkan kepada gelombang hijau untuk menang, mereka perlu sedar bahawa ia telah susut teruk.

“Pengundi Selangor sedar negeri mereka merupakan kubu terpenting Kerajaan Perpaduan yang perlu dipertahankan,” katanya dalam satu kenyataan Facebook pada Ahad.

Tambahnya, rakyat di negeri Selangor mengakui Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari adalah sepanjang mentadbir negeri itu telah menunjukkan prastasi yang baik dan cemerlang.

“Mereka sedar pemimpin yang mempunyai rekod baik dan cemerlang mentadbir Selangor ialah Amiruddin, MB sekarang tiada korupsi, seleweng, atau salah guna kuasa yang merugikan negeri.

“Bagi pengundi Selangor, pesan saya satu, mari kita bersatu hati dalam PRN ini untuk memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan. Inilah kerajaan yang dapat membawa kestabilan dan kemakmuran kepada masa depan negara,” ujarnya. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button