Nasional

87 peratus rakyat setuju konsep Malaysia Madani

SEJUMLAH 86.9 peratus daripada 8,860 responden di seluruh negara
menyatakan mereka bersetuju dengan konsep Malaysia Madani, menurut
Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Rakyat terima konsep dibawa Kerajaan Perpaduan
Beliau
berkata hasil kaji selidik yang dijalankan Jabatan Penerangan kira-kira
lima bulan lepas itu turut mendapati 68.1 peratus responden menyatakan
bahawa mereka memahami konsep berkenaan.
“Ini adalah petanda
positif … di pihak kementerian kita ambil maklum dan berusaha untuk
memastikan bahawa ia bukan seperti Yang Berhormat Senator katakan tadi,
sekadar retorik.
” … ini memang jelas daripada usaha dan
ikhtiar kerajaan dari segi ekonomi, menjaga tatasusila dalam kalangan
masyarakat, keharmonian, perpaduan, keutuhan masyarakat itu sendiri dan
diterjemah lebih daripada semata-mata slogan atau konsep.
“Alhamdulillah
pada waktu ini, hasil ekonomi dan pelaburan yang masuk dan sebagainya
memang jelas ia mendatangkan hasil yang positif kepada rakyat,” katanya.
Beliau
berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Azhar
Ahmad yang ingin tahu sejauh mana hasil usaha kerajaan bagi menyebarkan
informasi serta kefahaman kepada rakyat mengenai konsep Malaysia Madani.
Selain
itu, Fahmi berkata hasil kaji selidik Jabatan Penerangan pada 28 Jan
hingga 5 Feb lepas, iaitu kira-kira seminggu selepas Malaysia Madani
diperkenalkan dan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
sebanyak 79.9 peratus daripada 8,860 responden mempunyai pengetahuan
mengenai perkara itu.
Katanya, setakat 25 Jun 2023, sebanyak 721
hantaran merangkumi pelbagai mesej Malaysia Madani disebar luas di semua
platform media sosial rasmi Jabatan Penerangan, hantaran itu telah
mendapat 1.3 juta reach dan 439,000 engagement.
Fahmi berkata
Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(Bernama) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut
menyebarluaskan konsep Malaysia Madani melalui pelbagai program.
“(Antaranya)
program bual bicara dan kapsul Malaysia Madani oleh RTM yang melibatkan
enam saluran televisyen dan 34 stesen radio termasuk stesen negeri dan
daerah serta disampaikan dalam pelbagai bahasa.
“Bernama pula
menggunakan semua platformnya iaitu Bernama Wires, Bernama TV dan
Bernama Radio untuk membuat hebahan meluas kempen penerangan yang
dilaksanakan oleh agensi kerajaan. Finas juga telah menerbitkan Pesanan
Khidmat Awam (PKA) bertajuk ‘Pengertian Logo Malaysia Madani’ yang telah
ditayangkan di semua platform penyiaran dan platform digital,” katanya.
-AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button