Parlimen

Usul Kertas Putih di luluskan di Dewan Rakyat

DEWAN NEGARA pada Isnin meluluskan usul Kertas Putih Kesihatan sebagai satu daripada hala tuju reformasi sistem kesihatan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang.

Kertas Putih Kesihatan tetap hala tuju 15 tahun

Usul dibentangkan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni itu diluluskan selepas dibahaskan 27 senator.

Lukanisman ketika perbahasan usul itu berkata setiap tahun Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan proses penambahbaikan di fasiliti mengikut keperluan serta peruntukan yang diterima dan kementerian kini dalam proses membaiki hampir 400 klinik daif di seluruh negara.

KKM juga jelasnya akan memulakan satu kajian jurang penawaran dan permintaan fasiliti kesihatan, peralatan serta kapasiti sumber manusia dalam masa terdekat.

Menerusi kajian itu, taburan dan keperluan fasiliti, peralatan dan anggota kesihatan untuk seluruh negara di sektor awam dan swasta dapat dipetakan serta diunjurkan hingga 2040 dengan jelas supaya selari dengan keperluan sebenar sumber negara bagi keperluan kesihatan rakyat.

“Ini adalah sangat penting, memang menjadi hasrat setiap Ahli Parlimen dan senator menginginkan sebuah klinik yang besar di setiap kawasan…walaupun demikian kita tidak dapat membina klinik di setiap Parlimen dengan perkhidmatan fasiliti KKM.

“Maka kita perlu bekerja dan melakukan mapping (pemetaan) yang menyeluruh supaya kita dapat memastikan keperluan sebenar rakyat untuk mendapatkan akses hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara,” jelasnya. 

Sementara itu Senator Abun Sui Anyit pada sesi perbahasan menyatakan harapan agar penduduk di kawasan pedalaman akan turut menikmati faedah daripada pelaksanaan kertas putih itu, selain menggesa kerajaan untuk mengambil inisiatif berhubung aspek perkhidmatan pencegahan penyakit.

Justeru, beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya menyediakan lebih banyak fasiliti berkaitan kesihatan termasuk klinik di kawasan pedalaman.

Untuk rekod, pada 15 Jun, Dewan Rakyat meluluskan usul Kertas Putih Kesihatan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen menerusi undian suara pada hari terakhir Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button