Semasa

Kemampuan turunkan kadar defisit pengaruhi kemampuan Malaysia kurangkan hutang

KEMAMPUAN menurunkan defisit fiskal kepada sasaran 3.5 peratus menjelang akhir 2025 akan menjadi penentu kepada negara untuk mengurangkan hutang pada tahun-tahun berikutnya.

Penurunan inflasi tambah keyakinan pelabur

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, sekiranya peratus itu dapat diturunkan berdasarkan sasaran dalam tempoh berkenaan, ia mampu memberi keyakinan pelabur antarabangsa bahawa negara mempunyai disiplin fiskal yang baik.

“Dengan keadaan hutang negara pada tahap RM1.5 trilion, sekiranya sasaran defisit fiskal itu tersasar, ia tidak akan membantu mengurangkan hutang negara mahupun kedudukan fiskal negara.

“Menjelang 2025 kalau kita kekal dengan pencapaian defisit yang ditetapkan, kita akan mula melihat hutang negara berkurang,” katanya.

Rafizi berkata begitu ketika berucap pada Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bersama kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu, pada Selasa.  

Belau sementara itu menambah, dengan pengurusan perbelanjaan itu pendekatan bagi golongan B40, M40 dan T20 perlu lebih tepat untuk mengukur kadar mampu belanja sesebuah isi rumah bagi memastikan subsidi dapat diberikan secara bersasar kerana ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM86 bilion setiap tahun.

“Kita sudah lakukan subsidi elektrik dengan dasar sedia ada telah pun dilaksanakan. Kerajaan dijangka dapat menjimatkan antara RM6 bilion hingga RM8 bilion setiap tahun bagi subsidi elektrik,” katanya sambil menjelaskan fokus seterusnya ialah subsidi diesel dan RON95.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button