Negeri

Selangor umum cuti tambahan sempena Aidiladha kepada penjawat awam

PENJAWAT AWAM di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor diberi satu
hari cuti tambahan pada Jumaat ini (30 Jun) sempena sambutan Aidiladha.

Cuti tambahan beri kelegaan kepada penjawat awam
Setiausaha
Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim berkata kemudahan cuti tambahan itu
khusus kepada semua penjawat awam di jabatan, agensi dan pihak berkuasa
tempatan negeri selaras Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
“Bagaimanapun
badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah
tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan
masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 (Akta 265).
“Pentadbiran
Kerajaan Selangor juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya
Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat negeri ini,” katanya
dalam kenyataan.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button