Harga beras putih tak meningkat seperti didakwa – MAFS
Harga beras putih tempatan kekal RM2.60 sekilogram |
Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata harga kawalan maksimum beras putih tempatan di peringkat pengguna masih pada kadar RM2.60 sekilogram (kg) sepertimana yang termaktub dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).
Kementerian tegasnya telah melaksana beberapa tindakan bagi memastikan harga itu terus dikekalkan.
“Kita juga telah mengambil tindakan awal (langkah intervensi) dengan membuat penetapan harga kawalan maksimum jualan beras putih tempatan di peringkat kilang iaitu pada RM2,250 satu tan metrik dan pemborong sebanyak RM2,540 satu tan metrik sejak dua minggu lepas.
“Tujuannya adalah memastikan supaya kilang-kilang tidak bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dengan menawarkan harga yang lebih tinggi supaya rantaian di bawah (pemborong, peruncit dan pengguna) tidak terkesan dan seterusnya memastikan agar terdapat bekalan yang stabil dengan harga yang berpatutan dan langkah intervensi ini bersifat sementara,” katanya.
Beliau ditermui pemberita selepas mengadakan Operasi Beras Putih (OP BP) bagi meninjau harga dan bekalan beras bersama penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di kilang dan pasar raya di Kajang pada Rabu.
Sebelum ini ada pihak mendakwa harga bera super
speĀsial tempatan dan super speĀsial import naik antara 10 hingga 15
peratus, khabar angin itu telah menimbulkan ketidaktenteraman dalam kalangan pengguna.
Sementara itu Chan ketika menyentuh mengenai usaha menangani penghasilan padi tempatan yang berkurang disebabkan faktor cuaca berkata, ia dilakukan melalui import dan kerajaan akan cuba sedaya upaya memastikan ada persaingan di pasaran supaya harga beras import tidak melonjak ke tahap yang membebankan pengguna.
Walaupun harga beras putih import tidak dikawal oleh kerajaan dan ia bergantung kepada harga pasaran, namun pemantuan dilakukan jelasnya mendapati harga yang ditawarkan untuk beras import adalah lebih rendah daripada harga yang disyorkan pada bungkusan.
“Oleh itu, saya harap tiada pihak yang memainkan isu ini untuk menjadikan perkara ini sebagai satu polemik dalam negara,” tambahnya.