Negeri

Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya selesai 97 peratus manifesto PRU14

SEPANJANG lima tahun mentadbir Negeri Sembilan, kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun boleh dianggap telah menjalankan amanah rakyat dengan cemerlang

Aminudin tunjuk kemampuan takbir dengan baik
Ia terbukti apabila 97 peratus yang dikemukakan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Pakatan Harapan (PH)yang mengetuai Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini dapat dilaksanakan.

Menurut Aminuddin, baki janji yang tidak dapat dipenuhi adalah yang melibatkan perundangan di peringkat Persekutuan, manakala manifesto yang membabitkan negeri telah dilaksanakan sepenuhnya.

“Tempoh lima tahun memang kita telah gunakan bagi memastikan bahawa pembangunan negeri dilakukan bersungguh bagi memastikan apa yang kita katakan dapat kita kotakan dan 97 peratus manifesto telah laksanakan.

“Hanya tiga peratus melibatkan perundangan di peringkat Persekutuan yang tak dapat kita ubah iaitu Cuti Bersalin yang tak dapat kita laksanakan kerana ia melibatkan JPA dan ini merupakan satu perkara baik, dan hasil negeri terus meningkat,” jelasnya

Pengerusi PH Negeri Sembilan itu  berkata demikian pada sidang media di Wisma Negeri, Seremban, pada Rabu selepas menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap, Seremban bagi mendapatkan perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Terdahulu Tuanku Muhriz memberi perkenan DUN Negeri Sembilan dibubarkan 1 Julai ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dalam pada itu Aminuddin berkata ketika diminta mengulas kerjasama jentera bersama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di peringkat DUN menjelaskan, gerak kerja itu telah pun bermula.

Kepimpinan di kedua-dua pihak meletakkan komitmen untuk memastikan kerjasama yang berlaku di peringkat Pusat dapat diterjemahkan di setiap DUN pada PRN ini. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button