Semasa

UM kekal nombor satu universiti terbaik Malaysia

UNIVERSITI MALAYA (UM) mendahului institusi pendidikan di Malaysia dalam
Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024 dan
mengekalkan tempatnya dalam kalangan 100 universiti terbaik
antarabangsa.

Kedudukan UM naik lima anak tangga
Berdasarkan laman QS Top University, kedudukan UM
naik lima anak tangga apabila kini berada di tempat ke-65 dalam edisi
ke-20 penarafan tersebut.
Antara indikator penilaian yang
digunakan untuk menentukan markah ialah reputasi akademik, reputasi
majikan dan nisbah pensyarah pelajar selain memperkenalkan tiga metrik
baru iaitu kestabilan, hasil pekerjaan dan rangkaian penyelidikan
antarabangsa.
Sebanyak 28 institusi pengajian tinggi Malaysia direkodkan tersenarai tahun ini.
Di
kedudukan kedua ialah Universiti Sains Malaysia (USM) yang naik enam
anak tangga dari peringkat ke-143 ke peringkat ke-137, berkongsi
kedudukan dengan University of Science and Technology of China.
Universiti
penyelidikan Malaysia yang lain turut tersenarai ialah Universiti Putra
Malaysia (UPM) di kedudukan ke-158, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) di kedudukan ke-159, dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di
kedudukan ke-188.
Sementara itu, Taylor’s University mengekalkan
kedudukannya sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia, dengan
kedudukan ke-284, diikuti oleh UCSI University di peringkat ke-300.
Secara
keseluruhan, Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika
Syarikat terus menguasai penarafan tersebut untuk tahun ke-12, manakala
University of Cambridge di United Kingdom mengekalkan kedudukan kedua,
dan University of Oxford meningkat ke peringkat ketiga.
National
University of Singapore (NUS) berada di kedudukan kelapan, menjadikannya
satu-satunya universiti Asia yang masuk ke senarai 10 terbaik dunia.
QS
World University Rankings 2024 adalah penarafan terbesar untuk
institusi pengajian tinggi dari seluruh dunia dengan 1,503 institusi
yang disenaraikan, meningkat daripada 1,418 institusi tahun lalu. 
-AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button