13 ekor lembu dikorbankan di Peringkat Parlimen Sikijang
SEBANYAK 13 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Aidiladha peringkat Parlimen Sekijang, menurut wakil rakyatnya, Dr Zaliha Mustafa.
Dr Zaliha berpesan agar hayati erti ibadah korban |
Dipetik laporan Utusan, Dr Zaliha yang juga Menteri Kesihatan berkata, semua haiwan ternakan korban tersebut diagihkan kepada masjid, surau, agensi kerajaan dan NGO yang melaksanakan ibadat korban dalam kawasan Parlimen Sekijang.
Agihan daging korban akan dibuat kepada golongan asnaf, anak yatim dan warga emas berkeperluan pusat pentadbiran Parlimen Sekijang itu.
“Lembu korban berkenaan adalah sumbangan Kerajaan Madani, saya secara peribadi, penduduk dan badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).
“Program ini dengan kerjasama kira-kira 600 penduduk sekitar Sekijang,” katanya.
Beliau berkata begitu ketika ditemui di Majlis Korban Madani di Surau Abdul Al-Kader Batu Tiga, Kampung Jawa, di Segamat pada Khamis.
Sementara itu Dr Zaliha berpesan, umat Islam perlu menghayati erti ibadah korban dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.