Semasa

PM Anwar rela disiasat sekiranya lakukan rasuah

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi tekadnya memerangi rasuah di negara ini bagi memulihkan kembali Malaysia. 

PM tegaskan tiada siapa boleh rasuah termasuk dirinya

Pada ucapan  pada Kenduri Qurban di Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu, Seberang Perai Tengah, Permatang Pauh semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan tiada pihak akan terlepas sekiranya melakukan rasuah bagi mengayakan diri atau keluarga mereka.

Tambahnya, beliau sendiri sedia memberi kerjasama untuk disiasat sekiranya didapati terlibat dengan rasuah. 

“Kalau kata saya terlibat kes rasuah, gunakan wang mengayakan Wan Azizah, Nurul Izzah dan anak-anak. Itu boleh bawa (lapor kepada pihak berkuasa),” katanya sambl turut menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana menteri serta timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan mahupun bekas menteri sekiranya mereka terlibat dalam kes rasuah.

Mengulas sisatan pihak berkuasa terhadap beberapa individu yang disyaki terbabit rasuah baru-baru ini Anwar menegaskan, beliau tidak pernah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana individu semata-mata untuk membalas dendam.

Selaku perdana menteri jelasnya aahan diberikan agar semua badan penguatkuasa seperti SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan menjalankan tanggungjawab dengan tegas dan berani.

“Sesiapa sahaja disiasat SPRM, itu kerja SPRM. Saya tidak arahkan kerana saya tidak mahu memfitnah.

“Saya sendiri melalui liku-liku hidup yang susah. Jadi apabila ada kuasa, takkan saya nak buat kerja sebegitu (politik dendam).

“Kalau lakukannya maknanya kita serupa sahaja (pimpinan dulu),” tambah Anwar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button