Global

PM Anwar terima surat penghargaan Masjid Al-Aqsa

DATUK  SERI Anwar Ibrahim pada Sabtu menerima pengiktirafan di atas komitmen dan sokongan beliau terhadap perjuangan Pengerusi Pakatan Harapan ( PH) itu dalam isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin. 

Anwar diberi pengiktirafan oleh rakyat Palestin

Khatib Masjid Al-Aqsa, Syeikh Dr Ikrimah Saed Sobari, menyampaikan surat penghargaan tersebut kepada Perdana Menteri bagi pihak umat Islam Palestin.

Ia sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha.

Dalam ucapannya, Syeikh Dr Ikrimah Sobari turut menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Anwar di atas sambutan yang diberikan dalam lawatannya ke Malaysia dan peluang menyertai Persidangan Antarabangsa Palestin pada Jun lalu.


Syeikh Dr Ikrimah yang juga Ketua bagi Hal Ehwal Islam di Baitul Muqaddis sementara itu turut mendoakan agar Anwar dan negara Malaysia agat terus dilindungi oleh Allah daripada sebarang kezaliman.

“Dengan ini, saya mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selawat sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh barakah, dengan doa kepada Allah Azza wa Jall agar dilindungi Tuan (Anwar) dan negara Tuan daripada kelicikan orang yang merancang kejahatan dan daripada musuh yang menceroboh.


“Semoga keamanan dan keselamatan  dilimpahkan kepada Tuan dan rakyat negara Tuan, semoga perayaan ini memberi erti kepada Tuan dan kalian selamat dan sihat sejahtera,” katanya dalam kenyataan itu.


Beliau turut mengambil.kesempaga  menyampaikan ucapan salam daripada  umat Islam sekitar Masjid Al-Aqsa dan berjanji untuk terus memperjuang dan mempertahankan kewujudan masjid itu meskipun mengalami penderitaan dan jerih yang berterusan.


“Saya menyampaikan kepada Tuan (Anwar) ucapan salam daripada saudara-saudara Tuan yang kuat ikatan mereka di sekitar Masjid Al-Aqsa.


“Kami turut sampaikan kepada Tuan tentang keteguhan mereka kepada janji dan perjanjian berkenaan perluasan Masjid Al-Aqsa serta mempertahankannya.

“Walaupun dipaksa dan ditindas dengan kekerasan serta serangan terhadap anak-anak, wanita-wanita dan orang-orang tua, di setiap langkah dan tindakan musuh untuk memisahkan waktu dan tempat bagi Al-Aqsa tetap kewajipan bagi kita mempertahankan kedaulatan ke atasnya (bumi Palestin),” ujarnya.


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button