Negeri

Tiada sebarang keputusan naik tarif air di Selangor

Tiada sebarang keputusan dibuat kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan tarif air di negeri itu sehingga kini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan dari pentadbiran negeri.

Beliau menegaskan, fokus utama pentadbiran Selangor adalah untuk menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat.

“Kerajaan negeri komited untuk memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya terus diperkukuhkan,” jelasnya dalam kenyataan.

Amirudin sebelumnya mengulas laporan media, tarif air pengguna domestik di Selangor dijangka dinaikkan tahun ini bagi menampung kos operasi dan perbelanjaan modal.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abas Abdullah berkata, semakan semula tarif perlu dilaksanakan pada “kadar berpatutan” selepas 17 tahun tiada sebarang kenaikan dikenakan.

Air Selangor jelasnya komited menggerakkan segala usaha dan membuka ruang serta peluang dalam usahanya untuk merealisasikan aspirasi menjadi penyedia perkhidmatan air terulung di Asia menjelang 2030.

Related Articles

Back to top button