Semasa

KPDN benteras penyelewengan, bakal periksa pengilang, pemborong dan peruncit beras

KEMENTERIAN Perdagangan dalam Negeri (KPDN) memandang serius isu penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menukar bungkusan atau label beras putih tempatan serta menjual dengan harga beras putih import

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bagi mengekang pihak tidak bertanggunjawab itu dari terus menindas pengguna, pihaknya akan memeriksa pengilang padi, pemborong dan peruncit di pasar raya atau kedai runcit.

Sehubungan itu kementeriannya akan mengadakan Op Jamin selama sebulan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Pemeriksaan ini bagi memastikan keterjaminan bekalan beras putih tempatan dan beras putih import sentiasa mencukupi dengan harga yang terkawal,” katanya menurut Bernama.

Sementara itu tegasnya, KPDN memberikan peringatan kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit, agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Ia termasuklah dengan tidak mengambil kesempatan dengan melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar bungkusan beras putih tempatan kepada beras putih import dan dijual pada harga yang tinggi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kawalselia Padi Dan Beras Azman Mahmood berkata pihaknya telah menerima satu aduan di Selangor, dan telah mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga beras tempatan daripada RM26 kepada RM26.60.

“Daripada tangkapan tersebut, kita telah membuat rampasan dan kita telah dakwa mereka di mahkamah…tentang aduan berkenaan isu penukaran bungkusan beras pula belum ada aduan rasmi,” katanya.

Related Articles

Back to top button