Sukan

KBS perhalusi insentif buat syarikat swasta gaji-kan bekas atlet kebangsaan

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang memperhalusi insentif pengecualian cukai buat syarikat swasta yang mengambil bekas atlet kebangsaan sebagai pekerja selepas mereka bersara.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan, ia adalah antara sebahagian daripada pembentangan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada Mac lalu.

Jelasnya, KBS kini dalam fasa akhir perbincangan bersama Kementerian Kewangan (MOF) untuk memutuskan insentif cukai yang menarik kepada pihak swasta.

Melalui Inisiatif itu jelasnya, ia bukan sahaja membuka lebih banyak peluang pekerjaan, namun dalam masa yang sama membantu bekas atlet untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas sukan dengan memberikan peluang membangunkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang pekerjaan yang baru.

“Ketika ini KBS sedang memperhalusi inisiatif oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memberikan insentif cukai kepada syarikat swasta mereka yang mengaji atlet kita.

“KBS dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk memutuskan agar insentif itu betul-betul menarik bagi pihak swasta. Jika tidak, pengumuman yang akan dibuat kerajaan selepas itu tidak mendatangkan apa-apa hasil.

“Apa yang boleh saya katakan, KBS dalam perancangan terakhir berkenaan isu tersebut dengan Kementerian Kewangan,” jelas Hannah.

Beliau ditemui pemberita pada Karnival Allianz Movefoward di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hujung minggu lalu. 

Dalam masa yang sama, KBS juga sedang berusaha untuk mewujudkan ekosisten sukan Malaysia khusus untuk golongan atlet dan jurulatih wanita bagi membolehkan mereka mempunyai masa yang lebih cerah selepas bersara.

Sehubungan itu katanya satu sesi town hall akan diadakan bagi mendengar sendiri cabaran dan halangan untuk golongan itu berkecimpung dalam karier sukan Malaysia.

Related Articles

Back to top button