Uncategorized

Kolej Pra-Universiti KPM dijenamakan untuk Kolej Tingkatan Enam

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat beberapa istilah dalam institusi pendidikan Tingkatan Enam akan dijenamakan semula sebagai usaha memberi imej baharu yang lebih berprestij.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kolej Tingkatan Enam kini dikenali sebagai Kolej Pra-Universiti KPM berkuat kuasa serta-merta.

“Jawatan Pengetua akan ditukar kepada Pengarah, termasuk jawatan Guru Penolong Kanan diubah kepada Timbalan Pengarah.

“Manakala guru kepada pensyarah dan murid menjadi pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), ‘Malaysian University English Test’ (MUET) serta Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) 2022, hari ini.

Fadhlina menambah, pengarah Kolej Pra-Universiti diberi kuasa autonomi dalam proses pengambilan pelajar Tingkatan Enam secara terus, sekiranya pelajar dikenalpasti berkelayakan.

“Pembaharuan ini adalah untuk memberikan peluang kepada lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di bawah institusi KPM.

“Sebelum ini proses kemasukan ke Tingkatan Enam ini adalah melalui tawaran daripada KPM dan mungkin ada yang terlepas pandang, ada yang berpotensi, mungkin ada yang nak sambung (belajar) tetapi tidak berpeluang.

“Autonomi ni membolehkan pengetua mengenal pasti sendiri pelajar yang berpotensi dan barangkali memerlukan bimbingan dan menawarkan pelajar mengikut pengajian di Tingkatan Enam,” katanya lagi.

Menurut Fadhlina, pemberian autonomi kepada pengetua Kolej Pra-Universiti itu dilihat sebagai langkah paling efektif dan efisien bagi mengurangkan kadar keciciran pelajar.

Related Articles

Back to top button