Pilihanraya

PH-BN sudah ada 33 kerusi selamat di Selangor

PAKATAN HARAPAN (PH) Selangor optimis gabungan kerjasama politik antara PH dan Barisan Nasional di negeri itu boleh membawa kemenangan di sekurang-kurangnya di 33 daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusinya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, 33 kawasan terbabit adalah kerusi selamat untuk PH dan BN yang seterusnya membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri pada penggal akan datang.

“Saya tengok data dan ada juga membuat kajian. Insya-Allah, setakat ini kita sebenarnya telah mempunyai 33 kerusi selamat dan boleh membina kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

“Itu saya tak masukkan lagi tujuh kerusi yang sebenarnya kita menang yang dianggap marginal kerana menang di bawah 2,000 undi.

“Jadi kalau campur tujuh kerusi lagi, maka PH dan BN boleh bentuk kerajaan dengan 40 kerusi serta beroleh kemenangan dua pertiga,” katanya.

Keyakinan itu dinyatakan Amirudin yang juga Naib Presiden KEADILAN pada Jelajah MADANI DUN di Bukit Melawati malam tadi.

Justeru tambah Amirudin, bagi memastikan kemenangan itu jentera PH dan BN bersama-sama perlu bekerja lebih keras hingga hari pengundian bagi memastikan kerajaan perpaduan di negeri itu terus dipertahan.

Related Articles

Back to top button