Pelantikan Amirudin tak patut dipersoalkan – ahli Dewan Diraja Selangor
Pemimpin Pas Sanusi Md Nor dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka atas ucapan yang didakwa menyentuh prerogatif Sultan Selangor dalam melantik menteri besar.
Gesaan itu dibuat lima ahli Dewan Diraja Selangor terdiri daripada Tan Sri Ambrin Buang, Tan Sri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Datuk Emran Kadir
Emran berkata kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu disifatkan satu penghinaan kepada institusi diraja Selangor kerana melibatkan pelantikan Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang seolah-olah tidak wajar atau tepat.
“Tuanku (Sultan Selangor) boleh melantik siapa sahaja untuk menjadi MB Selangor, asalkan pemimpin berkenaan mendapat majoriti (termaktub) segi (dalam) perlembagaan. Tuanku telah melantik (individu yang) tepat dan tidak patut dipersoalkan.
“Kenyataan (Muhammad Sanusi) seperti MB yang dilantik tidak betul (layak), ini kami anggap kenyataan yang tidak wajar dan menghina institusi diraja Selangor. Kami tuntut permohonan maaf secara terbuka secepat mungkin,” katanya.
Mereka sebelumnya hadir ke Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam petang semalam bagi memfailkan laporan polis terhadap Sanusi.
Sanusi yang juga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional didakwa menghina Sultan Selangor ketika berceramah di Selayang, baru-baru ini.
Dalam ucapan yang tular, Menteri Besar Kedu ah itdipaparkan seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan “menteri besar cokia (tiada kualiti)”
“Menteri besar Selangor sekarang ialah seorang pemimpin parti yang mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Negeri. Jadi itu tak sepatutnya dipersoalkan,” Tegas Emran menjawab tohmahan dibuat Sanusi.