Semasa

Perbincangan PM dengan Elon Musk isyarat pelabur yakin dengan Kerajaan Perpaduan

Perbincangan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Pengasas SpaceX yang juga CEO Tesla Inc, Elon Musk semalam membawa bukti jelas pelabur sudah kembali yakin untuk mengembangkan perniagaan ke negara ini.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik dipetik satu sesi bual biacara anjuran media perpaduan Malaysia yang disiarkan di Youtube malam tadi berkata keyakinan yang diberikan pelabur luar itu wajar dipertahankan.

“Keyakinan sudah mula datang, kalau tidak Elon Musk tak hubungi perdana menteri, sekarang dia (Elon Musk) kata nak datang pula ke negara kita.

“Dulu (perbincangan Tesla) dengan indonesia sahaja, sekarang dengan Malaysia… ini ertinya ada keyakinan.

“Sebab itu keyakinan ini jangan kita musnahkan, Ia akan membina semula matawang kita, keupayaan kita untuk membeli dan menstabilkan keadaan,” jelas Pengerusi Felda itu.

Mengula lanjut mengenai perbincangan secara maya antara perdana menteri dengan jutawan tersohor itu, Ahmad Shabery menyifatkkannya sebagai memberi harapan baharu untuk anak muda di negara ini.

“Dia bercakap pasal masa hadapan, bercakap tentang sediakan perkhidmatan internet yang murah untuk rakyat, soal angkasa dan sebagainya.

“Bulan lepas, dengar sahaja Tesla nak buka pejabat di Malaysia, ribuan beratur (untuk mohon pekerjaan)

“Tesla sudah mula nak buka ibu pejabatnya, dengar sahaja nak ambil pekerja,

‘Ini memberi harapan baharu untuk anak muda dalam negara kita,” jelasnya.

Jun lalu ribuan orang dilaporkan hadir ke sesi temuduga Tesla itu di Persiaran Apec, Cyberview di Cyberjaya setelah syarikat itu mengiklankan pengambilan pekerja bagi operasi ibu pejabatnya yang pertama di Malaysia.

Sebanyak lima jawatan ditawarkan menerusi iklan itu kepada orang awam antaranya ialah penasihat jualan, penasihat jualan perusahaan, penasihat penghantaran, pakar sokongan pelanggan dan penasihat perkhidmatan.

Sementara itu, syarikat berkenaan turut menawarkan sekurang-kurang 15 jawatan dalam segmen Kariernya.

Enam daripadanya berada dalam kategori Jualan dan Sokongan Pelanggan, empat jawatan dalam kategori Servis Kenderaan, dua jawatan dalam kategori Operasi dan Sokongan Perniagaan.

Manakala, selebihnya pula dalam beberapa kategori lain seperti Kewangan, Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dan lain-lain lagi.

Related Articles

Back to top button