ekonomiGlobal

PM bincang potensi komunikasi Satelit Starlink dengan Elon Musk

Pertemuan secara maya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jutawan Elon Musk semalam tidak hanya tertumpu kepada pembuatan kereta elektrik (EV).

Perdana Menteri dalam kenyataan menjelaskan, perbincangan juga tertumpu kepada perkhidmatan komunikasi satelit SpaceX.

Jelasnya, penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas.

“…terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.

“Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,” jelasnya.

Tesla Inc adalah multinasional Amerika Syarikat (AS) yang beribu pejabat di Austin, Texas yang terbabit dalam bidang automotif, kecerdasan buatan (AI) dan tenaga bersih.

Selain kenderaan elektrik, syarikat mempunyai lebih 120,000 pekerja di seluruh dunia itu turut terlibat dengan kepakaran simpanan tenaga bateri dari rumah ke skala grid, panel solar serta produk dan perkhidmatan berkaitan.

Related Articles

Back to top button