Negeri

Kerajaan Persekutuan peruntukkan RM4.61 juta bantu Sekolah Agama Rakyat di Pulau Pinang

Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama sekali tidak mengetepikan usaha memperkukuh pendidikan agama Islam di negara ini.

Ia terbukti apabila Pengerusi Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan mengumumkan peruntukan peruntukan sebanyak RM4.61 juta bagi Bantuan Sekolah Agama Rakyat (BSAR) Negeri Pulau Pinang untuk tahun ini.

Pada ucapan di Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada Ahad, belai menjelaskan peruntukan tersebut meliputi Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) (RM1.37 juta), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) (RM541,740) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) (RM394,750).

“Sekolah Tahfiz diluluskan sebanyak RM191,740, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) diberi RM184,700, sekolah pondok sebanyak RM160,000 dan Tadika Islam (TADIS) RM63,830,” katanya.

Pada majlis sama, Anwar turut memaklumkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut meluluskan RM500,000 bagi KAFA Menengah (Yayasan Islam Pulau Pinang) dan RM1.2 juta bagi Zakat Pulau Pinang.

Dalam pada itu Anwar berkata, peruntukan Kerajaan Perpaduan yang diwakili pelbagai parti politik tanah air kepada Islam dan orang Melayu, lebih tinggi berbanding peruntukan yang diberikan tiga tahun lepas, ketika negara di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Justeru, beliau meminta rakyat agar tidak terpedaya dengan fitnah yang ditaburkan pembangkang mengenai kestabilan, bantuan dan kesediaan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Saya memegang amanah, saya berterima kasih kepada kawan-kawan saya baik dalam PKR, Amanah ataupun DAP, tidak pernah timbul isu peruntukan. UMNO yang telah bersama dengan kita, nampak dalam prinsip ini dia juga tidak berbeda pendapat,” kata Presiden KEADILAN itu.

Related Articles

Back to top button