Global

MH17: Malaysia ulangi komitmen cari kebenaran, keadilan

Malaysia kekal teguh dalam komitmennya untuk mencari kebenaran, keadilan dan kebertanggungjawapan terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh.

Kementerian Pengangkutan (MoT) dalam kenyataan hari ini bagi memperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17 memaklumkan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada mesyuarat sesi ke-228 pada 17 Mac lepas, memutuskan untuk meneruskan pendengaran penyelesaian perbezaan antara pihak berkonflik.

“Keputusan kes jenayah nahas penerbangan MH17 disampaikan oleh Mahkamah Daerah The Hague di Belanda pada 17 November 2022.

“Kesimpulannya menandakan peristiwa penting dalam membongkar kebenaran dan menegakkan keadilan buat kesemua 298 mangsa dan waris mereka, termasuk 43 rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat itu. Namun begitu, usaha mencari keadilan tidak terhenti dengan perkembangan ini,” menurut kenyataan itu.

Kementerian turut mengulangi rasa simpati dan takziah kepada keluarga dan insan tersayang mangsa tragedi MH17 itu.

Pada 17 Julai 2014, pesawat Boeing 777 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia ditembak jatuh di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru penerbangan itu.

Related Articles

Back to top button