Negeri

Amirudin kekal MB jika PH-BN menang di Selangor

Kerajaan Perpaduan akan mengekalkan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu dalam pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ketika merasmikan program Sentuhan Agro Madani peringkat Negeri Selangor di Sekinchan

Menurut Anwar, Amirudin telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai Menteri Besar, dan keputusan mengekalkannya adalah bagi kecemerlangan dan perancangan pentadbiran kerajaan Selangor dapat diteruskan.

“Kalau pertumbuhan ekonomi suku pertama‚Ķ Selangor nombor satu, sebab itu kita cadang untuk kekalkan Amirudin sebagai Menteri Besar.

“Ini kali pertama saya umum rasmi, dia pun terkejut,” jelasnya pada program yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu itu.

Amirudin merupakan Naib Presiden KEADILAN dan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Gombak yang merampas kerusi itu dari Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Mohammed Azmin Ali pada PRU lalu.

Sementara itu tambah Anwar, sumbangan Selangor turut membawa kepada prestasi pertumbuhan ekonomi negara yang baik pada suku pertama 2023, berbanding beberapa negara di Asia.

“Sebab pertumbuhan ekonomi baik, berapa suku tahun pertama? 5.6 peratus!
“Ini paling tinggi berbanding China, Singapura dan Indonesia‚Ķ kita paling tinggi. Pelaburan setakat suku tahun pertama RM71 bilion, ini tidak termasuk dengan Elon Musk (Tesla), Saudi Aramco dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) yang saya baru terima surat malam tadi,” jelasnya lagi.

Related Articles

Back to top button