ekonomi

Harga barang tidak naik mendadak sehingga 20 peratus – Mydin

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga dua peratus sahaja, dan bukannya sehingga 20 peratus seperti yang pernah diramalkan sebelum ini.

Beliau berkata, kenaikan secara mendadak itu tidak akan berlaku berikutan kadar ringgit yang kini berada pada tahap baik dan trend itu dijangka terus mengukuh berdasarkan kepada pergerakan terkini.

“Sekarang dalam dua, tiga hari ini, US Dollar turun balik kepada RM4.53 hingga RM4.54, jadi saya boleh kata 100 peratus, harga tidak akan naik 20 peratus pada bulan Ogos ini.

“Kalau saya nak kata semua barang tidak naik, saya tidak pasti, tapi kalau naik pun, di antara satu hingga dua peratus sahaja,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata kenaikan harga barang juga bergantung kepada pelbagai faktor antaranya inflasi, permintaan dan penawaran selain kadar ringgit.

Sebelum ini beliau dan beberapa pakar ekonomi menyatakan harga barang pengguna dijangka meningkat, ada yang meramalkan sehingga 20 peratus menjelang Okober ini berikutan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia selain inflasi import.

Peningkatan kos itu dikatakan ekoran kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga mendorong berlaku inflasi import pada kadar tinggi.

Sementara itu, Ameer turut mencadangkan agar kerajaan meneliti kembali mekanisme pemberian subsidi pukal ke subsidi bersasar menerusi pemberian tunai bulanan untuk golongan B40.

Katanya menerusi kaedah subsidi bersasar ia akan menjimatkan kos pembelanjaan kerajaan sekali gus membantu kerajaan dalam memudahkan perancangan pembangunan negara yang lebih mampan.

Related Articles

Back to top button