Pilihanraya

Amanah bakal langgar kerusi MB Terengganu

Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu menyatakan hasrat untuk meletakkkan tiga calon bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Setiausaha Amanah Terengganu, Muzahar Hitam berkata, tiga kerusi DUN tersebut adalah Tepuh, Batu Buruk dan Ru Rendang.

Menurutnya, hasrat tersebut telah dinyatakan dalam mesyuarat di antara jawatankuasa Induk Pilihan Raya Amanah Nasional dan Amanah Terengganu yang diadakan pada Selasa.

“Sukacita dimaklumkan bahawa beberapa kerusi DUN yang lain juga masih dalam perbincangan akhir di antara pimpinan utama parti-parti,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Sebagai rekod, ketiga-tiga kerusi tersebut disandang oleh Pas selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

DUN Ru Rendang dimenangi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan majoriti sebanyak 6,028 undi.

Sementara itu, kerusi DUN Tepoh dimenangi Hishamuddin Abdul Karim dengan majoriti 2,717 undi manakala DUN Batu Buruk pula ditawan Muhammad Khalil Abdul Hadi yang memperoleh majoriti 5,288 undi. –

Sebelum ini media melaporkan proses agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan BN Terengganu melibatkan 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai sepenuhnya.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, agihan kerusi itu dimuktamadkan setelah kedua-dua parti gabungan itu melalui tiga kali proses perbincangan dalam tempoh kira-kira sebulan setengah.

Ia kini terpulang kepada kepimpinan peringkat pusat bagi menentukan calon.

Related Articles

Back to top button