Semasa

Hapus hutang Felda: Anwar akan kemuka bukti kepada Muhyiddin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mengemukakan bukti bahawa beliau telah menandatangani kelulusan pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 27 Jun lalu.

Ia selepas Muhyiddin mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Anwar berhubung kenyataan Anwar sebelum ini mengenai pelupusan hutang peneroka yang hanya ditandatangani ketika pentadbirannya.

“Ini masalah orang politik, senang sahaja tuduh bohong (dan) kemudian dia cabar minta fakta.

“Insya-ALLAH sebelum saya ke Vietnam esok, saya hubungi KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) untuk memberi contoh itu dan saya minta dia (Muhyiddin) harus minta maaf.

“Saya ingat tandatangan (pelupusan hutang peneroka Felda) RM990 juta pada 27 Jun,” jelas beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelumnya ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Perpaduan Tanjong Karang di Jalan Sekolah Kampung Raja Musa, Tanjong Karang pada Rabu malam.

Anwar turut berkata, sekiranya kelulusan itu dibuat oleh beliau, maka beliau menuntut Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf.

Ditanya berapa tempoh masa diberikan kepada Muhyiddin untuk memohon maaf secara terbuka, Anwar berkata, perkara itu terserah kepada bekas Perdana Menteri itu asalkan beliau tenang.

Related Articles

Back to top button