Politik

‘Muhyiddin, hadaplah kifarah’ kata Isham Jalil

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil yang membidas kenyataan Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan hari ini semakin galak menggunakan undang-undang untuk menekan lawan politik mereka.

Isham berkata, Pengerusi Perikatan Nasional dan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah lama melakukan perbuatan (menekan lawan politik) tersebut.

Beliau berkata begitu sebagai merujuk tindakan pihak berkuasa mengeledah kediaman Toh Puan Rahah Mohammad Noah, ibu kepada bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak di Jalan Eaton di ibu negara pada September 2018.

Serbuan berkenaan berlaku ketika Najib sedang menghadiri prosiding pertuduhan terhadap beliau berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di ibu negara.

“Dulu, siapa yang pergi pecah rumah arwah ibu ‘Bossku’ sampai tebuk atap rumah peninggalan Tun Razak di Jalan Eaton.

Bukankah Muhyiddin menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu. Hadaplah kifarah,” kata Isham lagi.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam kenyataan menudah kerajaan menggunakan undang-undang bagi menekan lawan politik susulan pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi yang di bawah Akta Hasutan.

Muhammad Sanusi berdepan dua pertuduhan membuat kenyataan menghasut dan berkecenderungan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Kenyataan itu dikeluarkan Muhammad Sanusi pada satu ceramah politik yang berlangsung pada 11 Julai lalu.

Related Articles

Back to top button