Semasa

Pertuduhan berdasarkan fakta, bukan desakan pihak tertentu – Peguam Negara

Jabatan Peguam Negara tampil menafikan melakukan pendakwaan terpilih atau penganiayaan politik terhadap mana-mana individu termasuk ahli politik.

Peguam Negara, Idrus Harun berkata keputusan mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada siasatan, dan bukan atas desakan mana-mana pihak atau faktor yang lain.

“Keputusan itu dibuat berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperolehi keadilan yang sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara menafikan dakwaan wujudnya pendakwaan terpilih (selective prosecution), bermotif politik dan penganiayaan (persecution) terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang

“Sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, individu itu akan didakwa oleh Jabatan Peguam Negara berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang orang yang didakwa,” katanya.

Idrus membuat kenyataan itu selepas Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin membidas tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor, dengan menyifatkannya sebagai penganiayaan politik.

Pada Selesa, Sanusi dihadapkan atas dua pertuduhan dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Related Articles

Back to top button