Semasa

TVET: K’jaan sasar kerjasama dengan 50 pemain industri

Menjelang penghujung tahun ini, Kementerian Sumber Manusia menyasarkan 50 pemain industri di seluruh negara akan menjalin kerjasama dalam memperkasakan pelatih dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Menterinya, Mustapha Sakmud memaklumkan setakat ini, sebanyak 24 syarikat telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi merealisasikan hasrat kerajaan itu.

Selebihnya 26 syarikat jelasnya sudah dikenal pasti dan perjanjian kerjasama dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.
ra semua institusi TVET yang berada di bawah 12 kementerian ketika ini bagi memberi pendedahan terkini dalam melahirkan pekerja berkemahiran.

“Setakat ini, kita telah menandatangani MoU dengan 24 syarikat dan saya yakin sasaran untuk menjalin kerjasama dengan 50 pemain industri menjelang hujung tahun ini akan tercapai.

“Untuk tujuan itu, kita sudah merangka strategi jalinan kerjasama bagi memberi manfaat kepada institusi TVET di negara ini,” katanya.

Mustapha sebelumnya ditemuai pemberita selepas lawatan ke Pusat Industri Taman Lesung Batu Emas, di sini, sempena Program Jejak TVET MADANI Alumni Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil, di Alor Gajah pada Rabu.

Sementara itu beliau menyatakan keyakinan jalinan kerjasama itu akan memberi kepakaran dan pendedahan teknologi terkini.

Related Articles

Back to top button