Semasa

FSRA ditandatangai PM Anwar beri ruang Felda stuktur komitmen kewangan

Perjanjian bagi Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (FSRA) yang ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ruang kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menstruktur semula komitmen kewangan terhadap kadar faedah dikenakan dan pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

“Perdana Menteri semasa Sambutan Hari Peneroka Felda pada 7 Julai lalu mengumumkan bermula tahun ini, Kerajaan Perpaduan meluluskan peruntukan sehingga RM990 juta setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk Felda, antara lain bagi membiayai hapus kira hutang peneroka agensi berkenaan.

“Secara keseluruhan, inisiatif itu melibatkan bantuan kewangan kepada Felda sebanyak RM9.9 bilion bagi tempoh 10 tahun,” menurut agensi itu.

Kenyataan itu menyusul pendedahan sebahagian dokumen FSRA yang ditandatanganinya sebagai Menteri Kewangan pada 26 Jun lepas.

Tiga helaian berkaitan FSRA itu menunjukkan ia ditandatangani Anwar bagi pihak kerajaan, dengan Pengerusi Felda ketika itu Tan Sri Idris Jusoh dan Ketua Pengarah Felda Datuk Amiruddin Abdul Satar.

Pemeteraian dokumen itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Felda dalam kenyataa turut memaklumkan penghapusan sejumlah hutang peneroka dilaksanakan di peringkat agensi itu tanpa penyaluran peruntukan geran daripada Kerajaan Persekutuan pada 2021 serta 2022.

Itu jelas mereka telah memberikan impak besar kepada aliran tunai serta prestasi Felda.

Related Articles

Back to top button