Semasa

Kerajaan pertimbang tambah peruntukan mudahkan belia p-hailing beli motosikal

Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi peruntukan tambahan untuk membantu golongan belia yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) dalam menjalankan aktiviti mereka dengan lebih baik dan selamat.

Bercakap pada program Temu Anwar Selangor X Belia P-Hailing di Petaling Jaya siang tadi, Anwar berkata ia bagi membolehkan ‘rider penghantaran’ memohon pembelian motosikal baharu melalui Tekun Nasional.

“Setakat ini, RM10 juta telah diperuntukkan melalui Tekun Nasional, dengan pembiayaan maksimum sehingga RM10,000 kepada rider penghantaran untuk pembelian motosikal baharu.

“Jika RM10 juta ini habis digunakan, kita akan tambah lagi,” katanya pada acara dihadiri lebih 3,000 belia.

Pada acara berkenaan yang memberi peluang untuk mereka mengajukan soalan dan pandangan berhubung industri p-hailing di negara ini.

Antara isu dibangkitkan golongan tersebut adalah berkaitan isu pembayaran yang disifatkan mereka sebagai terlalu rendah.

Perdana Menteri kemudian meminta tempoh seminggu bagi memanggil pemain industri tersebut bagi menyampaikan serta membincangkan isu diutarakan itu.

Related Articles

Back to top button