AnwarSemasa

Anwar jemput orang ramai hadir Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari malam ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya esok.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Anwar turut mengajak orang ramai hadir memeriahkan majlis itu juga akan dihadiri Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad dan Penasihat Agama Presiden Mesir, Sheikh Dr Usamah Sayyid Al-Azhari.

“Esok saya akan menghadiri Majlis Perasmian dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya.

“Saya ingin menjemput warga Malaysia yang berkelapangan untuk hadir majlis ilmu ini. Semoga majlis ini akan memupuk semangat cintakan ilmu dan menyuburkan budaya, mengukuhkan tradisi ilmu Islam di Malaysia,” kata Anwar.

Majlis tersebut akan bermula pukul 6 petang hingga 9 malam di Dewan Solat Utama Masjid Putra.

BACA: PM anjur sesi dialog bersama penunggang p-hailing Sabtu ini

Dalam pada itu, beliau berharap majlis tersebut akan memupuk semangat dalam kalangan orang ramai untuk mencintai ilmu.

“Saya ingin menjemput warga Malaysia yang berkelapangan untuk hadiri majlis ilmu ini.

“Semoga majlis ini akan memupuk semangat cintakan ilmu dan menyuburkan budaya mengukuhkan tradisi ilmu Islam di Malaysia,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button