Semasa

138 klinik di zon utara, Kelantan dalam proses baik pulih

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan sebanyak 138 klinik kesihatan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan terlibat dalam kerja-kerja baik pulih dan naik taraf.

Melalui perkongsian infografik di laman Facebook rasminya, Dr Zaliha memaklumkan semua kerja-kerja baik pulih dan naik taraf berkenaan membabitkan peruntukan keseluruan lebih RM43 juta bagi tahun ini.

Setakat ini 40 projek di Kedah berjalan dengan status satu projek telah siap, 26 dalam pelaksanaan dan 13 pada status prapelaksanaan dengan peruntukan RM8.4 juta.

Di Pulau Pinang pula, 14 projek dengan satu klinik telah siap, 12 dalam pelaksanaan manakala satu lagi dalam prapelaksanaan melibatkan RM3.5 juta.

Empat projek sedang dilaksanakan di Perlis melibatkan peruntukan RM1.5 juta, manakala 42 projek baik pulih dan naik taraf dilaksanakan di Perak dengan 36 dalam pelaksanaan, lima telah siap dan satu projek dalam prapelaksanaan melibatkan peruntukan RM11.8 juta.

Sementara itu, Dr Zaliha menerusi Twitter memaklumkan di Kelantan sebanyak 38 projek dilaksanakan dengan satu telah siap, 31 dalam pelaksanaan dan enam dalam prapelaksanaan membabitkan peruntukan berjumlah RM9.3 juta.

Related Articles

Back to top button