Negeri

5000 orang Raub banjiri Karnival Kita Madani

Lebih 5,000 penduduk Raub membanjiri Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Pahang

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penganjuran karnival seperti itu menjadi platform kepada kerajaan memastikan usaha membantu rakyat mendepani kos sara hidup ketika ini boleh dijayakan.

Mengulas lanjut Wan Rosdy berkata, antara program yang dilaksanakan adalah dengan mengadakan Jualan Rahmah.

Melalui cara itu jelasnya rakyat dapat membeli barangan keperluan harian dengan harga yang murah berbanding di pasar raya.

“Ini mendapat sambutan yang cukup baik daripada penduduk. Kalau beli di pasar raya berharga RM3, di sini RM2.

“Maknanya kerajaan prihatin dan kita ada pilihan membuat pembelian”, katanya.

Beliau berkata begitu kepada selepas merasmikan Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2023 di Pekarangan Tapak Sehari Dong, Raub semalam.

Selain Jualan Rahmah, pelbagai program dilaksanakan seperti pertandingan memasak ikan sungai, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka, pameran daripada agensi-agensi terlibat, pemeriksaan kesihataan percuma dan cabutan bertuah.

Wan Rosdy memberitahu, Karnival seumpamanya akan diteruskan ke daerah-daerah lain seluruh Pahang, memandangkan sambutan luar biasa yang diterima daripada penduduk.

Related Articles

Back to top button