Ahli Keluarga mohon orang ramai terus doakan kesihatan Salahuddin
Ahli keluarga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Diri, Datuk Seri Salahuddin Ayub memohon orang ramai terus mendoakan keadaan Salahuddin.
Anaknya, Siti Fatihah berkata, atas nasihat doktor dan permintaan keluarga, hanya ahli keluarga sahaja dibenarkan melawat Salahuddin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
“Saya mohon agar diberikan ruang kepada pihak keluarga sahaja untuk datang melawat. Bagi pihak keluarga, kami menghargai segala sokongan dan doa.
“Saya juga mohon semua agar terus mendoakan keadaan ayah saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Zaliha dalam kenyataannya hari ini memaklumkan keadaan Salahuddin Ayub stabil namun berada dalam keadaan kritikan.
Tambahnya, pasukan perubatan sedang memantau keadaan Ahli Parlimen Pulau itu.
Salahuddin dikejarkan ke HSB setelah mengalami mual dan muntah-muntah pada pukul 10.15 malam kelmarin.
Beliau yang disahkan mengalami pendarahan dalam otak telah ditidurkan selepas selamat menjalani pembedahan di hospital tersebut semalam.
Sementara itu, Perdana Menteri pada satu sidang akbar di turut mendoakan Salahuddin segera sembuh
“Kita doakan semoga semuanya selamat,” katanya semasa sidang akhbar pada Ahad selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga FELDA di Gua Musang siang tadi