Semasa

Aktivis pelajar digesa ambil manfaat dari keterbukaan kerajaan

Seluruh aktivis pelajar di universiti digesa mengambil manfaat dari keterbukaan kerajaan dan institusi pengajian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu perlu dimanfaatkan oleh semua mahasiswa dengan mengadakan program-program yang mampu membawa manfaat kepada negara.

“Masa berubah. Kita dahulu meneroka dalam keadaan ‘teraba-raba’ tetapi sekarang lain, ada ustaz dan pensyarah-pensyarah yang akan terus membantu.

“Di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kita membuka ruang luas. Masa saya (dahulu) ada ruang tapi banyak sekatan. Selepas itu, langsung tidak boleh,” katanya.

Anwar berkata begitu pada program Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2023 di Universiti Malaya (UM), di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Yang turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Presiden PKPIM, Ahmad Farhan Rosli.

Tambah Anwar lagi, keadaan pada masa kini perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan perjuangan mutu perjuangan rakyat dan berjasa di dalam kehidupan dan bukannya mengeluh.

Related Articles

Back to top button