Pilihanraya

Amirudin, Aminudin akan pertahan kerusi

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun masing-masing mempertahan kerusi mereka pada pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini.

Menteri Besar Selangor itu kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua manakala Menteri Besar Negeri Sembilan dicalonkan semula di kerusi DUN Sikamat di Negeri Sembilan.

Kedudukan kedua-dua Naib Presiden KEADILAN itu diumumkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

18 Julai lalu, Anwar mengumumkan Kerajaan Perpaduan akan mengekalkan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu dalam pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Beliau pada Sabtu turut menyatakan Aminuddin Harun juga wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya parti kerajaan mendapat semula mandat mentadbir negeri itu bulan depan.

Sementara itu di Pulau Pinang, difahamkan Chow Kon Yeow bakal dinamakan semula sebagai Ketua Menteri jika PH-BN kembali mengekalkan majoritinya.

Related Articles

Back to top button