Semasa

‘Beri seminggu, saya panggil syarikat p-hailing’ jawab Anwar berhubung isu upah

Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bertemu syarikat p-hailing mendapatkan penjelasan secara langsung daripada syarikat berkenaan berhubung isu kadar upah diterima pekerja yang dikatakan semakin rendah.

Mendengar keluhan golongan belia yang terlibat dalam industri tersebut pada sesi Temu Anwar Selangor X Belia P-Hailing di Petaling Jaya pada Sabtu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) meminta tempoh seminggu untuk pihaknya mengatur pertemuan tersebut.

“Bagi saya seminggu, saya akan panggil semua syarikat p-hailing, saya akan jumpa di Pejabat Perdana Menteri, saya nak sampaikan pandangan saudara semua.

“Saya kena panggil syarikat-syarikat ini (tanya) sebab apa (kadar upah) daripada RM7 (turun) kepada RM6…itu dia (syarikat) kena terangkan kepada perdana menteri. Itu yang mampu saya buat bagi meringankan beban saudara-saudara semua,” katanya yag menyifatkan perkara itu hanya membebankan golongan tersebut.

Terdahulu peserta sesi tersebut meminta kadar upah pengambilan dan penghantaran di seluruh negara dinaikkan kepada RM7 untuk satu pesanan.

Mereka turut mendakwa sebelum ini menikmati upah RM7 bagi satu pesanan, namun kini bagi mendapat upah sama mereka terpaksa membuat penghantaran untuk dua pesanan.

Related Articles

Back to top button