Fadhlina kekal akan saman penyebar poster fitnah
Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek kekal dengan pendirian untuk meneruskan saman malu terhadap pihak yang membuat fitnah terhadapnya.
Merujuk penyebaran satu poster bertujuan jahat untuk yang memfitnahnya di media sosial berhubung isu azan di Pulau Pinang baru-baru ini, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, ia akan dilakukan sekiranya pihak yang terlibat dalam isu itu termasuk tidak memohon maaf secara terbuka.
“Ada (individu) yang sudah mohon maaf dan ada yang belum. Jadi yang belum (mohon maaf) ini kena berbuat sedemikian kerana fitnah itu dosanya besar daripada membunuh
“Saya tidak akan berganjak dengan keputusan meneruskan tindakan saman sekiranya mereka (penyebar fitnah isu azan) enggan memohon maaf,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program KV Insani Masyarakat Madani Pulau Pinang di Sungai Acheh.
Sebelum ini ucapan Fadhlina dalam sebuah forum yang menggesa pembangkang berhujah secara fakta berbanding hanya memainkan sentimen agama untuk menarik sokongan telah diputar belitkan.
BACA: Fadzlina cari individu sebar poster fitnah terhadap dirinya, pertimbang failkan saman malu
Sebuah poster kemudian ditularkan dengan kononnya beliau menggelar pihak yang mempertahan azan di Pulau Pinang sebagai ‘Melayu bangsat’
Menteri Pendidikan itu kemudian memberikan tempoh 24 jam kepada mana-mana pihak untuk membuat permohonan maaf serta menurunkan poster ‘Fadhlina gelar Melayu pertahan azan Melayu bangsat’ tersebut.
Mengulas sementara itu menegaskan, beliau tidak akan berkompromi soal fitnah tambahan pula pada musim pilihan raya.
“Ini soal dasar, prinsip dan akhlak yang kita jaga jadi (orang ramai) tonton betul-betul video saya itu, kalau tak tonton jangan komen apa-apa kerana itu fitnah,” katanya.